Tuesday 12 May 2009

Semua orang dah kena beli?

"Kecuali Hakim Mahkamah Tinggi, semua orang dah kena beli ke?"

Senarai yang kena beli...

Hakim-hakim
SPR
Polis
Adun PKR/DAP
Raja?

Kes DUN Perak masih tak selesai sehingga kini, masih berlarutan tak berkesudahan. Satu perkara yang penulis nampak, BN yang diketuai UMNO takkan sekali-sekali mengalah. Mereka akan menggunakan semua kekuatan yang ada termasuk wang, Polis, SPR, hakim-hakim dan sebagainya untuk terus berkuasa.

Agak mengaibkan apabila Mahkamah Rayuan boleh 'membekukan' keputusan Mahkamah Tinggi dengan sewenang-wenangnya. Kalau anda perasan kenyataan Najib pada hari Datuk Seri Nizar diumumkan Menteri Besar Perak yang sah. Nadanya sangat 'confident' seolah-olah sudah tahu keputusannya.

Integriti badan kehakiman baru hendak dipulihkan, tetapi dengan keputusan yang pelik cukup untuk menghancurkan keyakinan semua orang. Kalau badan kehakiman dan pasukan keselamatan 'korup' maka apa lagi yang boleh diharapkan untuk mempertahankan rakyat marhaen.

Sultan dan Raja seharusnya menjadi pelindung serta dapat bertindak dengan lebih bijak untuk membela nasib rakyat. Krisis di Perak dapat dielakkan sekiranya DUN dibubarkan dan pilihanraya dapat diadakan sebaliknya kedua-dua perkara ini tidak berlaku. Keadaan menjadi terus tegang dan tidak berkesudahan. Tak ada siapa pun yang berani menegur raja, walhal mereka juga manusia biasa, sering melakukan kesilapan.

UMNO dan BN sedaya upaya mahu mengelakkan pilihanraya sudah tentu kerana dapat menghidu nasib buruk bakal menimpa mereka. Sokongan daripada rakyat semakin hari semakin hilang. Rakus, tamak haloba, gelojoh, rasuah dan tiada integriti sudah sinonim dengan UMNO/BN. Tidak ada nilai-nilai baik dalam perjuangan UMNO, yang tinggal hanya keris buruk.

Umum sudah dapat merasai kenikmatan berada dalam pimpinan pemimpin yang faham Islam seperti yang ditunjukkan wakil rakyat PAS. Dalam masa beberapa tahun lagi akan lahir ramai lagi figura seperti Ir. Nizar, Dr. Mariah, Dr. Halimah, Husam, Salahudin dan Ustaz Nasa. Mereka ini adalah produk-produk PAS yang telah dididik berpuluh tahun. Tidak seperti tiga orang ADUN Perak yang sudah dibeli, yang tak tahu apa makna perjuangan? Mengapa perlu berjuang?

Hikmah yang tersembunyi dari krisis di Perak tidak lain tidak bukan menyerlahkan lagi kehebatan PAS yang mana rakyat sudah dapat melihat keikhlasan, keupayaan dan jati diri mereka. Secara tidak langsung meningkatkan populariti PAS berbanding parti-parti lain. Di dalam Pakatan Rakyat, PAS ada 'kelas' yang tersendiri. Pun begitu tidak dinafikan masih wujud banyak kelemahan akan tetapi proses pembaikan itu berlaku dengan cepat sekali mungkin kerana dasar keterbukaan dalam PAS. Semua bebas mengkritik, menegur dan mengeluarkan pandangan.

Buat UMNO dan BN, anda bergelut dan bertarung dengan bayang-bayang sendiri. Kiamat UMNO/BN semakin hampir. Bersiap-sedialah wahai UMNO/BN.