Thursday 16 April 2009

Pilihanraya kecil Penanti dan Masa Depan UMNO

Buat kali keenam pilihanraya kecil terpaksa diadakan lagi selepas perletakan jawatan Adun Penanti yang juga Timbalan Ketua Menteri 1, YB Fairus. Setelah berteka-teki akhirnya terjawab sudah status beliau. Alasan perletakan jawatan kerana ingin sambung belajar dan ingin membersihkan nama dari tuduhan rasuah.

Sedar atau tidak sudah tiga orang wakil rakyat dari PKR telah meletak jawatan atas pelbagai sebab. Pertama, Datuk Seri Wan Azizah meletak jawatan bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding untuk ke parlimen. Kedua, saudara Arumugam Adun Bukit Selambau yang meletak jawatan kerana diberi tekanan dari luar, iaitu ancaman yang agak keras dari musuh politik beliau. Yang terkini YB Fairus, atas alasan yang tersendiri iaitu untuk membersihkan nama selepas tuduhan rasuah.

D S Wan Azizah memberi laluan kepada suami beliau untuk masuk parlimen dan ianya telah berjaya. Dengan kemasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam parlimen, sedikit-sebanyak telah memberi tekanan kepada Barisan Nasional juga membuatkan mereka lebih waspada serta gerun kepada Pakatan Rakyat.

Impaknya sangat besar, BN jadi kucar-kacir dan akibatnya Pak Lah terpaksa berundur setelah diberi tekanan hebat oleh orang-orang UMNO sendiri. Harus diingat kekuatan Pakatan Rakyat bukan terletak pada Datuk Seri Anwar sahaja akan tetapi dengan adunan kerjasama dari PAS dan DAP. Hasilnya Pakatan Rakyat menjadi mantap dan hebat serta mampu mengalahkan Barisan Nasional dalam beberapa pilihanraya kecil seterusnya mendapat sokongan dari rakyat jelata.

Lain pula dengan YB Arumugam. Beliau menerima pelbagai ancaman dipercayai dari Barisan Nasional. Juga dituduh dengan salah-laku moral iaitu bersekedudukan. Padahal beliau telah berkahwin lagi tetapi ditohmah sebegitu rupa. Akhirnya tewas dan meletakkan jawatan. Sikap beliau walaubagaimanapun harus dipuji kerana bertanggungjawab, hasilnya YB Manikumar pula diberi mandat oleh rakyat Bukit Selambau.

Bagi YB Fairus pula, kredebiliti beliau tercalar dengan tuduhan rasuah. Siasatan oleh SPRM masih berjalan tetapi mengambil keputusan meletak jawatan, mungkin tekanan dari orang PKR sendiri. Prestasi kerja beliau sebagai Timbalan Ketua Menteri juga sering disebut-sebut. Ramai yang tidak berpuas hati, desas-desus dan 'resign' juga. Nampaknya SPR kena bekerja lagi untuk buat 'by election'. Rakyat pun kena mengundi sekali lagi. Kesian rakyat, duit kerajaan guna untuk buat 'by election', lepas tu kena mengundi lagi. Lepas ni Adun mana pulak nak letak jawatan?

Wahai wakil rakyat yang dipilih! Kami rakyat mengharapkan kamu semua berkhidmat kepada kami. Jangan lupa tanggungjawab pada kami...Ekonomi tengah meleset, lebih baik guna duit buat 'by election' untuk tolong orang miskin atau pun yang kena buang kerja. Bila dah dipilih tu, buatla kerja baik-baik. Jangan makan rasuah, sebab kalau kamu makan nanti terima padah. Di dunia kamu kena, di akhirat lagi naya.

Pada masa sekarang, kredibiliti PAS semakin menonjol. PAS makin diminati orang Melayu dan kaum-kaum lain. Sedangkan UMNO, jadi cacian dan makian di dalam dan luar negara. Di luar negara pun rakyat sudah tak boleh terima UMNO. Merata-rata blog dan website yang dipunyai 'student' menentang UMNO sedangkan website yang pro-UMNO boleh dibilang dengan jari saja.
Mungkin sudah sampai masanya UMNO membuang jauh-jauh politik 'racist' mereka. Di UK hanya ada satu parti saja yang berasaskan bangsa; BNP (British Nationalist Party) sangat mirip dengan UMNO. Tidak ada tempat untuk mereka di UK.

Perkara yang sama akan berlaku pada UMNO, MIC dan MCA. Politik di Malaysia akan berubah dalam beberapa tahun lagi. Kemungkinan besar pada PRU 13 bila BN akan dikuburkan. Kerana apa?
-Sokongan rakyat pada Pakatan Rakyat makin tinggi
-Rakyat sudah jauh lebih bijak kerana bahan bacaan mereka lebih luas; BBC, Al-Jazeera,
The Economist, Harakah dan sebagainya
-Ramai anak-anak orang UMNO akan 'educate' mak ayah mereka supaya bertaubat dan
menyokong parti yang tidak racist
-Orang-orang Melayu akan masuk PAS berduyun-duyun setelah terpegun melihat
wakil rakyat PAS yang terdiri dari Teknokrat dan Ulama'; sungguh mantop!

Di Barat, politik mereka sangat matang serta selalu berasaskan fakta-fakta bukannya tipu daya. Mereka berlawan 'polisi' dan ada sesuatu untuk diperjuangkan dan disumbangkan. Semuanya, segala-galanya untuk keselesaan rakyat. Semua gerak kerja dilakukan dengan teliti, ada 'accountability' dan sangat 'transparent'. Di Malaysia, kedua-dua ciri ini hampir tidak ada. Kita patut malu kerana kita mengaku negara membangun tetapi 'level' kita sama dengan negara-negara mundur seperti di Afrika.

Setiap apa yang kita buat akan ditanya Allah pada hari akhirat nanti. Kalau takutkan Allah, janganlah kita buat sesuatu yang melanggar batasan. Selamat mengundi kepada orang-orang Penanti, tunaikan tanggungjawab anda dengan sebaik-baiknya..

No comments:

Post a Comment